Assalammualaikum semua . Excited jugak nak join program anjuran Blog Pilihan Malaysia . Kalau korang nak join click >SINI< & ikut syarat-syarat yang ditetapkan . Hah! Freq pun tergolong dalam peserta saat-saat akhir. Kalau masih ada yang turut serta baguslah..

Hah! Ini merupakan salah satu hiburan buat penghuni blok Cengal dan Jati. Keluar ke koridor, mesti nampak aspuri. Itulah keistimewaan Aspura SMTSPPP.
MARI SELONGKAR!!!
katil dan "locker" Freq.
HOBI DI HOSTEL!!!
haha.. tabik mat licin!
menghasilkan karya-karya photografi yang unik.
Subjek kegemaran Freq ialah Fizik. Freq lebih suka subjek mengira dari menulis. Hah! Jadi inilah sebab Freq tulis blog. Freq mahu meningkatakankan lagi idea-idea dalam penulisan. Guru fizik Freq ialah Cik. Anisalimahwati bt. Sulaiman. Dia juga merupakan guru kelas Freq. Dia seorang guru yang mengambil berat tentang murid-muridnya. Dia juga tegas dan besemangat tinggi.
# p/s: kalau kerja yang dia berikan tidak siap.. Makan selipar saiz 8 jawabnya.
buku nota fizik Freq.
Freq lemah sikit dalam sukan. Jadi tidak banyak pencapaian kokurikulum yang Freq dapat. Di SMTSPPP, pencapaian Freq yang terbesar ialah menyertai sekali Kem Perdana KRS diperingkat kebangsaan. Freq turut mewakili kotijen Pulau Pinang dalam Pertandingan Kawad Kaki namun hasrat untuk menang tidak tercapai. Freq berjaya memperolehi tempat kedua dalam Pertandingan Merentas Halangan anjuran Kem Perdana KRS tersebut. Yang lain-lain hanyalah penyertaan di dalam sekolah seperti mewakili blok hostel dan kelas.
kontijen KRS Pulau Pinang (Lelaki)
Kalau satu hari nanti Freq keluar dari SMTSPPP.
Mustahil Freq lupakan semua kenangan-kenangan manis. Rakan-rakan sebilik Cengal-2 2011. Adib,Mijat, Perut, Buqhari, Muslim, Wan, Harry, Peta, Fifi, Mat Arip, A.P, Aril dan Shahrul. Tidakdinafikan bahawa antara kami pernah berlaku pertengkaran dan pegaduhan. Namun "air yang dicincang tidak akan putus"............................................................................................................................................




